SEJAK Mac 2020 ketika negara terhimpit dalam pandemik Covid-19, guru adalah antara kerjaya yang paling mencabar. Mereka berdepan dengan tugas hakiki mendidik pelajar dalam keadaan yang amat tidak menentu. Pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka terhenti dan diganti dengan pendekatan maya. Guru berdepan cabaran yang amat besar untuk menyerap normal baharu. Bagaimanapun, guru tidak memberikan banyak alasan, sebaliknya berusaha menyesuaikan diri dalam masa yang singkat dengan tuntutan baharu. Hal ini sebenarnya…