DALAM kita berusaha keras untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa antarabangsa, kita sebetulnya perlu bukan sahaja mengetahui, tetapi memahami takrifan sebenar bahasa antarabangsa agar langkah yang kita ambil akan tepat menjurus kepada usaha itu. Sehubungan ini, bahasa antarabangsa ialah bahasa yang mempunyai peranan penting dalam komunikasi antarabangsa. Dengan kata lain, ia bahasa yang digunakan oleh banyak pihak di dunia untuk berhubung antara satu sama lain, khususnya untuk tujuan rasmi dalam ranah…










