KEHIDUPAN sebenar adalah sebiji epal merah yang satu sisinya elok dan satu lagi sudah tersisa dimakan manusia atau haiwan. Walaupun semua mengimpikan keindahan dan kesempurnaan, tetapi kehidupan ada kedua-duanya sebagai pelengkap antara satu dengan lain. Tidak ada kehidupan sesempurna epal merah yang tidak tersisa. Kehidupan yang nyata adalah sulam seli hitam dan putih, tinggi dan rendah serta jatuh dan bangun. Semua yang bertentangan itu menjadikan kehidupan penuh kepelbagaian warna dan…










