TUGAS dan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup luas. Dalam istilah mudah, mereka bermula daripada daftar kelahiran (yang suatu ketika dahulu dikendalikan mereka) sehinggalah daftar kematian. Malah, urusan menggali semula kubur bagi meneruskan penyiasatan juga membabitkan agensi penguatkuasaan itu. Malangnya, masyarakat agak susah untuk mengucapkan terima kasih. Polis cenderung terus dihukum apabila membuat sesuatu kesilapan atau mengambil tindakan yang tidak menyebelahi kepentingan mereka. Yang peliknya ‘kejayaan’ polis diukur dari sudut kesilapan dilakukan ketika menjalankan tugas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, melangkah tahun ke-215 penubuhan PDRM,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya