‘Bukan senang jadi PM’

‘Bukan senang jadi PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP Perdana Menteri (PM) mempunyai cara atau gaya beliau sendiri dalam melakukan sesuatu. Tiada dua PM menangani sesuatu isu dengan cara sama. Ia bukan misteri seperti mana pengalaman Malaysia telah membuktikannya.

Bukan senang menjadi seorang PM. Pihak luar boleh sahaja membilang atas kertas “ini, itu yang patut anda (PM) lakukan. Masanya sudah sampai…” Namun PM sahajalah yang tahu ‘debar, cabaran dan ranjau’ yang bakal didepaninya.

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (31 Ogos 1957-22 September 1970)
Tunku berasaskan kepada musyawarah. Beliau boleh membawa (membincangkan) sesuatu isu di padang golf, semasa minum kopi petang atau selepas berjoget.

Tunku juga sangat praktikal dan lebih kepada pemberian unanimous (sebulat suara). Misalnya semasa keluarnya Singapura dari Malaysia (1965), beliau bertanya dalam mesyuarat parti, cuma Syed Jaafar Albar yang tidak bersetuju. Bagaimanapun, Tunku berkata: “If majority agrees, we have to go with this.”

Lagi satu berhubung kemesraannya dengan orang bukan Melayu, Tunku seorang yang bersikap adil. Dia tidak melihat ras kulit dan agama masing-masing.

2. TUN ABDUL RAZAK (22 September 1970-14 Januari 1976)
Tun Abdul Razak tidak banyak bercakap tetapi sangat besar jiwa perancangan. Beliau selalu merancang dan menghurai (dalam mesyuarat) seperti mana mewujudkan Felda. Jadi, orang tertarik sebab tidak pernah buat perkara seperti itu.

Tun Abdul Razak tidak mempunyai perancangan untuk menentukan siapa nak naik, siapa nak turun. Dia hanya buat apa yang patut dari segi belia. Pendiriannya dalam membantu orang Melayu tiada bandingan. Kebolehan beliau untuk membantu bermula dengan memberi peruntukan terus.

Semasa berucap, beliau sering salurkan peruntukan. Pangkat Bapa Pembangunan yang diberikan kepada Tun Abdul Razak itu tepat. Beliau sangat disegani sahabat karibnya, Timbalan PM, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. PM Singapura, Lee Kuan Yew hormat kepada Tun Abdul Razak. Pernah Kuan Yew berkata pada 1987: “All of your Prime Ministers, I have highesh esteem for Razak. He tenacious. Tak lepaskan sesuatu perkara itu begitu sahaja tanpa berhujah dan hujah itu logikal.”

3. TUN HUSSEIN ONN (15 Januari 1976-16 Julai 1981)
Tun Hussein orangnya perokok. Siapa yang duduk dengannya kalau dia bagi sebatang, sambil dia berkata: “Alhamdulillah, apa yang anda cadangkan mesti jalan (berjaya).”

Kalau tidak dapat sebatang rokok, anda keluar mendenguslah sebab tidak dapat persetujuannya.

Tun Hussein juga seorang yang amat cermat. Beliau peguam dan ramai dapati keputusan yang dibuatnya adalah setelah mendapat perhatian yang cermat.

Beliau juga sangat sayang kepada perpaduan dan bukanlah seorang yang tamak kuasa.

4. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD (28 Jun 1981-31 Oktober 2003 dan 10 Mei 2018-1 Mac 2020)
Dua kali menjadi PM, sejarah hebat yang menyaksikan beliau PM tertua dalam sejarah dunia (pada usia 93 tahun – 2018).

Dr. Mahathir dengan Mahathirisme-nya, dalam banyak perkara, beliau ‘tak beritahu dunia.’ Hanya keluarkan pandangan satu perempat.

Yang tiga perempat lagi disimpannya ‘untuk masa hujan, tengkujuh, masa panas.’ Dari cara bekerja dan berfikirnya, tiada perkara yang terlalu kecil bagi Dr. Mahathir. His attention to details is fantastic.

Akan menginjak usia 97 tahun 10 Julai nanti, beliau sudah sampai ke peringkat centenarian.

Setelah auranya terbukti memenangkan gabungan pembangkang pada 9 Mei 2018, apakah bisanya masih lagi ditagih dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)?

5. TUN ABDULLAH BADAWI (31 Oktober 2003-3 April 2009)
Di tangan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Barisan Nasional dalam sejarahnya menang besar 198 daripada 219 kerusi Parlimen dalam PRU12, Mac 2004. Begitupun, Pak Lah bukan seorang yang competative. Banyak mengikut arus. Dengan itu ramai pengikut beliau yang mudah pergi ke saluran lain.

Dalam pentadbirannya, Pak Lah mempunyai rasa hormat tinggi berhubung Islam Hadhari. Silap sedikit dalam mengemukakan Islam Hadhari, Dr. Mahathir mengkritik beliau kerana PM keempat itu menyatakan Islam tidak perlu lagi di hadhari-hadharikan berikutan ‘Islam sudah genap segala aspek.’ Jadi, tidak cukup masa untuk Penasihat

Agama masa itu membaiki Islam Hadhari. Sehingga di akhir perjawatannya, Islam Hadhari terumbang-ambing.

Sedangkan konsep Islam Hadhari sangat baik, lebih baik daripada Wawasan 2020 tahun 1991. Tetapi retorika yang tiada terbitan menyebabkan Islam Hadhari kurang diterima dan berlalu dengan zaman Pak Lah.

6. DATUK SERI NAJIB RAZAK (3 April 2009-9 Mei 2018)
Najib mempunyai banyak sifat yang baik selepas balik dari London (1976) dan menjadi ahli Parlimen pada usia 23 tahun. Sebagai Menteri Besar Pahang termuda 29 tahun (1982), Najib kemudian balik ke Pusat, potensinya dibantu oleh Datuk Hussein Onn, beliau dapat peluang itu. Dengan keadaan yang ada pada Najib, didapati beliau cukup dossier, tidak dalam keadaan yang sukar.

Cuma semasa pentadbirannya, mekanisme komersial dan kewangan tidak begitu teguh sehingga mudah pengaruh luar ‘masuk.’ Agak menghairankan adalah ‘adanya seorang anak Tionghoa yang umurnya tak sampai 30 tahun dapat atasi beliau dan keluarganya’ serta mewujudkan apa yang telah kita lihat hari ini.

7. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (1 Mac 2020-21 Ogos 2021)
Semasa menjadi PM, beliau boleh membahagikan retorika politik dengan retorika pentadbiran. Tidak dicampur adukkan. Ramai merasakan senang bahawa dasar itu akan “kita tengok akan kita rasai.” Beliau kira asalkan rakyat dapat, senang, cukup untuk diri beliau dan kebaikan orang bawah.

Tetapi jangka hayat sebagai PM yang diraih melalui pintu belakang ‘Langkah Sheraton’ tidak lama. Paling singkat dalam sejarah mana-mana PM, hanya 17 bulan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tanpa kelibat Dr. Mahathir, yang kini dipimpinnya hilang arah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor. Mampukah Muhyiddin kembali sebagai PM kali kedua dan PM10 menerusi PRU15?

8. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB (21 Ogos 2021 hingga hari ini)
Kemelut politik Melayu yang cukup mencabar hari ini akan menilai beliau dapat bertahan atau mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat perhitungan dalam PRU15.

Perhitungan bukan sahaja untuk menggalas cabaran UMNO, tetapi survival dirinya selaku PM, setelah diangkat oleh Majlis Kerja Tertinggi partinya sebagai poster boy, sekali gus PM ke-10.

Polisi-polisinya baru hendak berputik – sedang bergerak dan dirancang. Kelibat Mr. Nice Guy ini kini menjadi perhatian ramai kerana memiliki kuasa menasihatkan Agong di bawah Perkara 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN