SARANAN untuk mengadakan sekolah politik atau pendidikan berkenaannya disambut masyarakat dengan perasaan berbelah bahagi. Ini kerana ia dilihat sebagai tidak sesuai untuk pihak sekolah terlibat dalam perkara ini atas pelbagai sebab. Antaranya, dianggap kesalahan untuk memasukkan politik dalam sistem pendidikan negara selain guru tiada latihan untuk mengajarnya. Sementara yang menyokong berhujah ada keperluan mendesak untuk mendidik belia berusia 18 tahun tentang politik berikutan pendaftaran automatik (Undi18) yang menjadikan mereka kelompok pengundi dominan. Ini penting agar pilihan mereka di peti undi akan menjadi lebih jitu. Sebenarnya ia sangat perlu kerana rata-rata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya