‘Muafakat Nasional belum mati’

‘Muafakat Nasional belum mati’

ANTARA potret yang terdapat di pejabat Tajuddin Abdul Rahman yang memperlihatkan kemesraan dan keakrabannya dengan Abdul Hadi Awang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN SUARA AKAR UMBI
Saya tidak setuju apabila ada pihak menyatakan MN sudah mati, ia belum mati lagi. Sebab orang di bawah, iaitu akar umbi termasuk UMNO dan Pas masih menyokong MN, mereka menyokong penyatuan Islam. Yang tidak sokong ini adalah kenyataan yang dibuat orang di atas. Orang di atas ni belum tentu mewakili hati nurani orang bawah. Come on, bukankah sudah tour ke seluruh negara dengar pandangan, pendapat, saranan dari bawah?

Kalau setakat bercakap dengan rakan keliling yang taksub, itu bukan menggambarkan kehendak akar umbi. Kehendak akar umbi nak Melayu Islam bersatu. Saya nak tanya, siapa boleh menafikan orang Melayu Islam tidak mahu kepada penyatuan? Bangun! Saya yakin tiada orang Melayu yang tidak mahu kepada penyatuan. Mana yang kata sudah mati? Sama ada kita boleh jadikan MN bangun semula dengan penuh kekuatan dan penuh semangat, itu terpulang kepada pimpinan.

Kebangkitan ini tidak semestinya datang daripada pemimpin politik atau pemimpin parti. Kalau ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan tertentu nak buat, saya sendiri dan mereka akan hidupkan MN ini untuk semua. Bukan untuk UMNO dan Pas semata-mata, tetapi untuk orang Melayu.

Saya hairan, adakah ajaran ini di luar politik? Setahu saya, ajaran agama Islam untuk semua aspek kehidupan, politik, ekonomi, pendidikan, semuanya. Allah sudah seru, bersatulah kamu. Pemimpin ini berapa kerat sangat? Ahli Majlis Tertinggi UMNO ada 30 lebih orang, bawah UMNO ada tiga juta (ahli) yang perlu kita jaga. Amanah telah diberi kepada kita untuk menjaga suara akar umbi dengan betul, jadi buatlah keputusan yang betul. Tetapi masalah yang berbangkit sekarang adalah mereka buat keputusan ikut suka sahaja.

Saya nak beritahu akar umbi, bangun, bangkit. Kalau ada pimpinan tidak bersetuju dengan amanah yang telah dimandatkan, bersuaralah kamu.
Tiada tarikh noktah dalam perjuangan penyatuan ummah. Kalau tidak setuju hari ini, esok lusa mungkin setuju. Pada saya, inilah perjuangan.

APA PUNCA MN RETAK SEBEGINI?
Politik kepartian yang membuatkan semua ini haru-biru. Kita berumah tangga pun ada krisis tetapi jangan disebabkan perselisihan, nak bercerai-berai. Adakalanya kita bergaduh, fikirannya pendek, terus nak minta cerai. UMNO dan Pas ini sudah kahwin, sudah beranak pun. Ada tujuh anaknya daripada tujuh pilihan raya kecil (PRK). Apa lagi?

HADI KATA UMNO SEPERTI ITIK PATAH KAKI
Dia tidak boleh tahan dengan ujian itu. Saya tidak mahu komen tentang parti orang lain. Cuma saya nak kata, saya akan buat semua perhimpunan untuk orang Melayu seperti di Kampung Gajah dahulu. Siapa nak datang, datang. Siapa tidak mahu datang, sudah. Tetapi siapa yang bernama Melayu, kalau nak melihat Melayu bersatu ke arah perjuangan kita, marilah.

Saya kesal dengan sesetengah tokoh Pas sebab kita anggap mereka sebagai tokoh perjuangan agama. Itu sebab bila kita mulakan gerakan dahulu, saya mengajak Pas.

Kami menaruh harapan tinggi pada Pas. Kita harap tokoh Pas akan menjadi anchor kepada perjuangan ini.

Tetapi harapan saya, sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Saya tidak mahu komen kenapa. Saya kesal tetapi saya tidak kecewa. Kalau pemimpin tidak mahu bangkit semula, ramai lagi orang Melayu akan bersama dengan saya sebab ini adalah perjuangan yang mutlak.

PERHIMPUNAN UNTUK ORANG MELAYU
Kita sedang menyusun. Ia merupakan kebangkitan saya sebagai pengasas kebangkitan orang Melayu dan Islam dengan wadah dan perjuangan MN. Saya berasa sedih MN diperlakukan sebegini. Kadang-kadang saya marah. Ini bukan senang, sewaktu kita kita menghadapi kekalahan, ia merupakan hadiah besar tidak ternilai iaitu menyatukan orang Melayu yang selama ini berpecah.

Mungkin benda lain kita boleh beli guna duit, tetapi penyatuan ini tidak boleh dibeli dengan duit. Hati-hati orang ini kita tidak boleh beli dengan wang ringgit. Saya tidak kira parti, jadi dengan semua pihak saya akan bincang.

Maknanya, kalau Pas nak, jomlah, UMNO pun begitu. Kalau tidak mahu, sudahlah. Saya buka kepada orang Melayu, peribumi Sabah, Sarawak dan anak negeri. Ini usaha saya sebagai orang yang dahulu memulakan perjuangan ini. Saya tidak rela ia mati macam itu sahaja.

Dahulu, Nabi (Rasulullah SAW) pun berjuang dengan 300 orang, menang. Sebab bukan bilangan yang diperlukan tetapi kualiti orang yang berjuang itu, iaitu semangat mereka yang sanggup berkorban.

HASILNYA?
Biar Allah yang tentukan. Walaupun agak sukar untuk membuahkan hasil, tetapi jangan putus asa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya