PERKEMBANGAN teknologi maklumat menuntut proses komunikasi berkesan. Jika tidak, kehidupan kian terdedah kepada elemen negatif seperti berprasangka buruk dan membenci sehingga mendorong kepada membuat keputusan tidak tepat dalam hidup. Ini kerana selain membekalkan maklumat sahih, tepat dan berguna, teknologi ini sering diekori bahan belum pasti, yang sengaja diselitkan pihak tertentu sehingga boleh membakar emosi untuk mencari keuntungan politik atau komersial sehingga adakala boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Konteks ‘proses…










