MALAYSIA terus menjadi perhatian dunia berkaitan isu rasuah dan integriti dengan yang terbaharu, kontroversi membabitkan Ketua Pesuruhjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendapat liputan media antarabangsa. Akhbar berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) menyifatkan kontroversi yang menyelubungi Azam sekali lagi memberi pandangan negatif kepada suruhanjaya itu yang sebelum ini tercemar dengan tindakan beberapa pegawainya menggelapkan dana rampasan. Sudah tentu ini bukan perhatian yang kita mahukan…








