Minggu lalu, ketika kita sibuk dengan keputusan PIlihan Raya Negeri ( PRN) Sarawak, beberapa negeri di Semenanjung mula ditenggelami air. Menjelang malam Sabtu, pelbagai amaran dikeluarkan pihak berwajib memandangkan air di sungai-sungai utama sekitar Lembah Klang berada pada paras bahaya. Di kala itu juga, sudah ramai terperangkap baik di lebuh raya mahupun kediaman masing-masing. Apa yang berlaku ibarat sebuah mimpi ngeri yang ramai dalam kalangan kita tidak pernah bayangkan. Ada…
								
								
								
											








