Kembalilah ke sekolah adik-adik - Utusan Malaysia

Kembalilah ke sekolah adik-adik

KPM akan menggembalikan semula sesi pembukaan sekolah pada Januari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASCA pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu ibarat pantai yang berubah dilanda tsunami. Banyak sektor terjejas, dari bidang ekonomi, kemasyarakatan sehinggalah pendidikan.

Baru-baru ini dilaporkan, Kementerian Pendidikan disaran segera melakukan Pelan Pemulihan Pendidikan susulan seramai 21,316 murid telah berhenti sekolah sejak Mac 2020.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, ini kerana pelan pemulihan itu amat diperlukan bagi menangani isu keciciran pendidikan dalam kalangan murid dengan kadar segera.

Berita tersebut adalah wake up call kepada pemimpin kita khususnya kerajaan hari ini agar segera turun padang dan melihat sendiri masalah rakyat di akar umbi. Apa guna wang bantuan diberi ke dalam akaun tetapi ia cukup-cukup untuk makanan fizikal sahaja.

Bagaimana pula dengan makanan minda untuk anak-anak ini mencergaskan sifat intelektual mereka sebagai pelapis kepimpinan bukan sahaja negara malahan kelompok masyarakat sama ada di desa mahupun di kota? Majlis Pemulihan Nasional (MPN) perlu proaktif mencari kaedah terbaik untuk mengembalikan murid-murid yang berhenti sekolah kembali ke institusi tersebut.

MAKANAN TAMBAHAN

Sekolah bukan tempat untuk makan makanan tambahan semata-mata, sebaliknya platform menimba ilmu sebagai bekalan masa depan. Kementerian-kementerian terbabit perlu duduk semeja memastikan golongan yang berhenti sekolah kembali bersemangat menjana otak mereka dengan ilmu seperti matematik dan kemahiran hidup.

Percayalah, adik-adik dan ibu bapa semua, pada zaman bitcoin dan debit terus nanti, ilmu di dada amat penting bagi mengelakkan scammer terus bermaharajalela. Biarlah asas ilmu kuat sejak muda kerana cabaran mendatang semakin sengit.

Kembalilah berjuang ke sekolah kerana itulah fokus di usia hijau, bukannya hanyut dengan media sosial dan dunia maya yang penuh kepura-puraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya