DBP umpama harimau tak bertaring - Utusan Malaysia

DBP umpama harimau tak bertaring

TUAN Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Scotland, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaplikasikan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti persidangan dan mesyuarat.

Teguran ini wajar diambil peduli kerana sebagai warganegara, kita perlu memartabatkan bahasa sendiri ke persada dunia agar ia kembali menjadi bahasa perhubungan seperti zaman dahulu.

Contohilah tindakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya semasa menyampaikan kenyataan negara di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Scotland, baru-baru ini.

Pelbagai garis panduan untuk sektor awam telah lama diwujudkan, namun setelah negara melepasi tempoh lebih 60 tahun merdeka, isu bahasa Melayu timbul ibarat air pasang surut.

Masih suam-suam kuku dari segi pelaksanaannya. Persoalannya, sampai bila isu ini akan ada titik noktahnya?

Bagi sektor awam, telah ada rujukannya. Apakah di peringkat GLC dan sektor swasta telah diwujudkan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk mereka mematuhinya? Jika ada, adakah ia dipatuhi?

Pihak berwajib perlu bertindak dengan pendekatan serius serta memerlukan kehendak politik yang kuat bagi memastikan dasar bahasa kebangsaan benar-benar terpateri untuk kita jayakan secara bersama.

Janganlah setiap kali bertukar kepimpinan politik, dasar bagi memperkasakan bahasa Melayu berubah begitu mudah sehingga melemahkan kekuatan bahasa kebangsaan kita baik di sektor awam mahupun swasta.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula dilihat seperti harimau yang tidak mempunyai taring atau kuku dalam isu ini.

Ini kerana mereka hanya diberi kuasa untuk menjadi penasihat bagi merancang, menggubal dan menyelaraskan panduan penggunaan bahasa Melayu, namun hak penguatkuasaan diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

BAHASA JIWA BANGSA, Cheras, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya