Kenderaan menteri – Antara praktikal, jimat bajet dan patriotik - Utusan Malaysia

Kenderaan menteri – Antara praktikal, jimat bajet dan patriotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-baru ini heboh diperkatakan dan dibincangkan dalam media sosial tentang langkah kerajaan mahu menggunakan Toyota Velfire bagi kegunaan rasmi menteri dan kerana tiada caj untuk menulis dalam ruangan komen, netizen terus mengecam tanpa sedikit pun usaha untuk mencari butiran sebenar. Jangan risau, perangai ini adalah satu fenomena global. Mereka yang intelektual turut mengecam. Ini memang perkara biasa.
Kerajaan memutuskan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan keputusan pertukaran KRJ ini dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan Toyota Vellfire 2.5 lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.
Pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).
Pengumuman Kementerian Kewangan itu sepatutnya dihormati kerana ia adalah bukti berlaku ketelusan, cuma saya kira sedikit penerangan perlu diberikan kenapa pilihan itu dilakukan.
Di bawah adalah antara fakta-fakta dan juga informasi yang saya kira boleh membantu:

1 Proton Perdana sudah
tidak wujud
Model Perdana yang terakhir dibina menggunakan platform Honda Accord generasi kelapan yang sudah lama diberhentikan pengeluarannya (sehingga 2012). Kenapa Proton ‘melabur’ di dalam pembinaan Perdana berdasarkan model yang sudah hampir ditamatkan riwayatnya adalah satu misteri yang tidak akan ada jawapannya.

2 Pemilihan Vellfire
bukan isu baharu
Toyota Vellfire sudah dipilih untuk dijadikan kenderaan rasmi sejak awal tahun 2020 lagi. Mungkin orang ramai mudah lupa atau tidak banyak membaca isu-isu semasa.

3 Kerajaan bukan
beli, tapi pajak
Kerajaan tidak membeli kenderaan-kenderaan itu. Ia akan memajak kenderaan berkenaan selama empat tahun atau tempoh yang dipersetujui.
Bila tempoh tamat, syarikat akan mengambil balik kenderaan itu – bermakna kerajaan tidak akan mengalami masalah susut nilai yang merugikan.
Perlu diingat, jika syarikat pajakan mahu menjual kenderaan itu selepas dipulangkan, harga jualan perlu dimasukkan cukai!

4 Pakej pajakan termasuk sekali penyelenggaraan dan insuran komprehensif
Pakej penyelenggaraan dan insurans perlu dimasukkan di dalam kos pajakan. Ini bagus kerana kerajaan boleh mengawal dan menetapkan kos untuk selama kontrak pajakan. Untuk yang tidak tahu, sebelum ini kerajaan mengawal sendiri kos penyelenggaraan kenderaan dan ketirisan mudah berlaku. Dengan pakej pajakan begini, tidak ada risiko ketirisan.

5 Formula tempoh pajakan bantu merendahkan kos belanja kerajaan
Berdasarkan formula pajakan yang telah diguna pakai selama ini dan terbukti berjaya menurunkan kos belanjawan kenderaan kerajaan.
Menurut formula ini, ia adalah lebih menguntungkan jika kenderaan ditukar selepas tahun keempat kerana kos penyelenggaraan akan meningkat dan melebihi kos pajakan bulanan. Formula ini juga digunakan oleh industri pajakan global.
6 Kos pajakan Vellfire
lebih murah dari
Proton Perdana
Kementerian Kewangan sen­­diri berkata kos pajakan Vell­fire adalah lebih rendah dari Proton Perdana. Seperti yang saya terangkan, pakej pajakan termasuk dengan kos penyelenggaraan. Orang ramai sebenarnya perlu bertanya ke­pa­da Proton, kenapa kos Vellfire lebih rendah ber­banding Perdana, bukan sebaliknya!

7 Kenapa bukan Proton X70? Kenapa Vellfire?
Proton X70 banyak digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan, pegawai-pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan agensi-agensi lain.
Menteri perlu kenderaan yang lebih besar dan Proton tidak ada model yang sesuai.
Rungutan menteri-menteri sebelum ini adalah mereka perlukan sebuah kenderaan yang mampu membawa tetamu mereka sekali.
Semasa mereka menggunakan Proton Perdana, mereka memang mempunyai sebuah Vellfire sendiri untuk tujuan membawa tetamu dan barang-barang persendirian.
Penggunaan Vellfire sebagai kenderaan rasmi mereka akan mengurangkan jumlah kenderaan yang diperlukan di dalam kegunaan harian mereka.

8 Kenapa tidak patriotik?
Sebenarnya, ramai yang mempunyai semangat patriotik ‘bersasar’. Jika kita kirakan semangat patriotik, kenderaan Proton tidak mempunyai komponen tempatan setinggi kenderaan-kenderaan Perodua.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton sendiri dan beberapa pegawai tertinggi Proton bukan rakyat Malaysia.
Mungkin kita boleh jadikan Proton sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri dan menteri-menteri bila sekurang-kurangnya jawatan tertinggi Proton diberikan se­mula kepada warganegara Ma­laysia. Jika Perodua mampu melakukannya, kenapa kita harus tutup sebelah mata untuk Proton dan Geely?

PENULIS ialah Penganalisis Automatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya