PEMBENTANGAN Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September lalu menyentuh banyak perkara pasal program kesejahteraan rakyat. Sesuai dengan tema Keluarga Malaysia iaitu Makmur, Inklusif dan Mampan, beliau menarik perhatian peri pentingnya memulih dan menjana semula ekonomi dan landskap sosioekonomi pasca-Covid-19. Antara perkara penting dikemukakan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi adalah program selaras perkembangan Revolusi Industri (IR) 4.0. Perkembangan ini memberi keutamaan terhadap…










