RAKYAT berasa lega apabila Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan soal usaha memantapkan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk tempoh 2021-2025. Lagipun, aspek itu adalah asas untuk memastikan kemakmuran ekonomi, keamanan rakyat dan kestabilan negara ini dilindungi seiring matlamat gagasan Keluarga Malaysia. Rakyat berharap langkah menambah baik kesiapsiagaan dan kawalan sempadan turut mengambil kira tindakan-tindakan preemtif berdasarkan perkembangan terbaharu di sekeliling kita serta permainan kuasa-kuasa besar melibatkan…










