Tanpa disedari, kini sudah hampir dua tahun dunia bergelumang dengan pandemik Covid-19. Baru-baru ini, kita dikejutkan pula dengan beberapa insiden bencana alam seperti banjir besar di China, Eropah dan kebakaran hutan di Turki. Oleh itu, tepat pada masanya untuk kita menyelusur beberapa perkara utama daripada Deklarasi Dhaka 2021 dalam Sidang Kemuncak Lapan Negara Membangun (D-8) yang diadakan secara maya pada 8 April lalu bertemakan Perkongsian ke arah Dunia Transformatif: Memanfaatkan…










