TAHUN 1442H berlalu pergi bersama pelbagai peristiwa suka duka yang mewarnai sejarah kehidupan kita. Begitu banyak cabaran yang telah kita hadapi, khususnya serangan pandemik Covid-19. Begitu ramai hilang punca pendapatan, berdepan tekanan emosi, kehilangan ahli keluarga, rakan, jiran tetangga dan sebagainya. Bagi sebahagian daripada kita, suasana kehidupan berubah begitu drastik dalam masa singkat sekali. Kita menyambut Maal Hijrah 1443 dengan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dengan penuh harapan sambil mensyukuri segala nikmat-Nya. Dalam keadaan yang sangat mencabar ini, kita semua mengharapkan keberkatan dan ihsan Allah agar sentiasa berada dalam limpahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya