Jumaat lalu, saya tanya seorang sahabat. Apa perasaannya setelah mendengar pengumuman Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara bahawa Parlimen akan bersidang sebelum 1 Ogos ini? Dia jawab, “dah kena titah tiga kali baru dengar. Tapi syukurlah, perkara ini berakhir dengan baik.” Saya tanya lagi, apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada perselisihan (konflik) antara istana dengan jemaah menteri selama ini? Sahabat saya itu menjawab, “ketegasan dan kesabaran istana selama…










