Liga Arab sudah tidak boleh diharap - Utusan Malaysia

Liga Arab sudah tidak boleh diharap

Liga Arab sudah tidak mampu menangani konflik Palestin-Israel. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENINDASAN rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin seakan-akan rutin tahunan terutama ketika Ramadan.

Ini kerana puak Zionis-Yahudi akan cuba menghalau orang Islam keluar dari Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis bagi membolehkan mereka menyambut Hari Al-Quds di situ dengan melakukan aktiviti durjana seperti minum arak.

Pada minggu terakhir Ramadan baru-baru ini, rejim Zionis menyerang rakyat Palestin ketika mereka menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa. Peristiwa ini bermula sejak rejim Israel memasang penghadang besi di salah sebuah pintu masuk utama masjid itu iaitu Bab Al-Amudi.

Persoalannya, di manakah organisasi-organisasi antarabangsa yang selama ini dikatakan hero dalam memperjuangkan keamanan antarabangsa seperti Liga Arab?

Palestin menerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menganggotai Liga Arab pada 1970-an dan penglibatan tersebut menjadi magnet untuk mengheret Liga Arab dalam penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Dalam isu Palestin, pertubuhan ini berusaha untuk menjalankan kempen boikot dan mengharamkan aktiviti perdagangan dengan Israel sehingga mampu mengurangkan pelaburan Israel sebanyak 20 peratus setiap tahun.

Namun, kepentingan geopolitik yang makin hebat dipertahankan oleh sebilangan negara anggota merencatkan usaha berskala besar Liga Arab untuk menangani konflik Palestin-Israel.

Hubungan diplomatik yang terjalin antara Mesir dan Israel pada 1979 dan Jordan pada 1994 menjadi bencana kepada usaha untuk mendamaikan konflik Palestin-Israel.

Pada 2020, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Asia Barat ketiga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel dan perkara ini seolah-olah menjadi ‘idola’ kepada Bahrain, Sudan dan Maghribi untuk turut sama menjalinkan hubungan diplomatik songsang yang tidak disenangi rakyat Palestin.

MOHD. ROZAIMY RIDZUAN
UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya