BIDANG keselamatan makanan nasional merupakan tonggak yang sangat penting dalam strategi keseluruhan pembangunan negara melalui hubungan timbal baliknya dengan bidang sosioekonomi lain. Strategi keselamatan makanan negara yang berkesan akan mewujudkan ketersediaan dan kemampuan, seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan isi rumah. Di pihak kerajaan pula, sebahagian besar peruntukan negara boleh disalurkan kepada sektor lain yang lebih memerlukan. Kita memahami salah satu ciri unik Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) adalah kecekapan yang dapat…