Covid-19 ajar kita jadi lebih bersih - Utusan Malaysia

Covid-19 ajar kita jadi lebih bersih

AKTIVITI pembersihan dan disinfeksi tidak harus digalas oleh agensi-agensi tertentu semata-mata. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH lebih setahun kemunculan musuh baharu di dunia manusia yang dinamakan Covid-19. Ia merombak norma kehidupan secara total dari segi penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pemakaian pelitup muka.

Norma aktiviti pembersihan dan disinfeksi ini juga semakin diterima ramai sebagai agenda penting di sesebuah penempatan bukan kesihatan yang pernah dikunjungi oleh pesakit Covid-19.

Baik di premis persendirian seperti rumah, mahupun di tempat kerja hinggalah di tempat awam termasuk rumah ibadat, pasar, pusat komuniti, stesen pengangkutan awam dan taman rekreasi.

Malangnya ada yang berpendapat, aktiviti pembersihan dan disinfeksi hanya digalas oleh agensi-agensi khusus seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ingatlah, agensi-agensi khusus ini ada masanya mempunyai tugas lain. Ia menjadi lebih efektif sekiranya dilakukan sendiri oleh pemilik sesuatu ruang kerana mereka boleh mengenal pasti kawasan yang paling kerap atau kurang disentuh. Seterusnya pembersihan dan disinfeksi dapat dilakukan dengan jayanya.

Oleh itu, di setiap kesempatan dan peluang yang tersedia, orang ramai perlu mengambil peluang belajar dan melatih diri mengenai pelaksanaan pembersihan dan disinfeksi yang betul. Ia tidak mudah seperti yang disangka termasuk menentukan jenis dan kepekatan bahan disinfeksi.

Sudah semestinya kos operasi agensi-agensi khusus dapat dijimatkan jika orang ramai sendiri melakukan pembersihan dan disinfeksi. Sebarang penjimatan bolehlah disalurkan kepada pembelian peralatan dan kemudahan untuk petugas barisan hadapan negara.

PROFESOR MADYA DR. ROSNAH ISMAIL
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya