PENULARAN pandemik Covid-19 sejak tahun lalu memberikan impak besar kepada kebanyakan keluarga. Peranan suami dan isteri ketika ini diuji terutama dalam memastikan kestabilan emosi ahli keluarga ketika tanggungjawab dan cabaran dihadapi makin bertambah. Ini termasuk dalam meningkatkan penjagaan kesihatan keluarga, memastikan kelangsungan pendidikan anak semasa di rumah selain hal penjagaan anak semasa bekerja. Namun tidak dapat dinafikan, kesan penularan wabak berkenaan serba sedikit memang ada memberi kesan kepada ketidakstabilan emosi…










