Dalam bidang kewartawanan khususnya Amerika Syarikat (AS), sudah menjadi ‘rahsia terbuka’ bahawa para wartawan sering dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hal ini mendapat perhatian anggota Senat AS, apabila pada 1996 satu jawata kuasa ditubuhkan, bernama Select Commitee on Intelligence of The United States Senate, bertujuan menyelidik kegiatan CIA yang menggunakan wartawan bagi mendapatkan maklumat. Persoalannya, apa yang ada pada wartawan, sehingga sering dianggap sebagai ‘mata dan telinga’ pihak perisikan?…










