Pada 7 Mei lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, selepas lebih setahun berdepan Covid-19, kerajaan Perikatan Nasional perlu terima hakikat bahawa mereka telah gagal memerangi pandemik ini. Justeru, Zaid menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merombak semula Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedia ada, supaya ahli-ahlinya yang baharu boleh menyusun strategi lebih berkesan bagi membanteras wabak ini. Memandangkan ada negara di rantau ini yang ekonominya…










