Kesan pandemik yang melanda dunia ditambah pelbagai masalah tekanan jiwa menyebabkan emosi sebahagian individu dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya, ia diluahkan dalam bentuk tindakan-tindakan yang memudaratkan sama ada terhadap dirinya sendiri atau lebih buruk kepada orang lain. Pelbagai aksi hasil kemarahan melampau ditularkan untuk tatapan umum terutama melalui media sosial. Sememangnya sifat marah merupakan penyebab rosaknya bangsa. Manifestasi kemarahan juga diluahkan secara berbeza dalam sejarah kemanusiaan. Sekiranya dahulu kemarahan…










