Apabila tiba bulan Ramadan, ibu bapa akan melatih anak masing-masing untuk menunaikan ibadat puasa. Sememangnya, tindakan itu tepat dalam membiasakan anak-anak melaksanakan rukun Islam ketiga itu. Cumanya, sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan bahawa pelaksanaan puasa bagi anak-anak yang belum baligh jangan sampai memudaratkan mereka. Janganlah anak-anak kecil kita sampai melepek kehausan tetapi dipaksa juga puasa. Ulama sepakat tentang kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa. Ia berdasarkan hadis Nabi…
 
								
 
								 
								 
											









