Hari ini, seluruh dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Sambutan ini bertujuan meraikan pencapaian wanita dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik; meningkatkan kesedaran tentang kesetaraan gender; melobi untuk merapatkan perbezaan antara gender; dan mengumpul dana bagi memelihara kebajikan wanita. Di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meraikan Sambutan Hari Wanita 2021 bertemakan Wanita Bangkit Mendepani Cabaran. Tema ini dipilih bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah…










