Pastikan wanita selamat, terbela - Utusan Malaysia

Pastikan wanita selamat, terbela

DASAR-dasar bagi memastikan kesaksamaan jantina perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan golongan itu di negara ini. -GAMBAR INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu, kerajaan diseru supaya tidak menunggu sebaliknya bertindak sekarang untuk mewujudkan dasar-dasar bagi memastikan kesaksamaan jantina.

Pertama, Akta Gangguan Seksual perlu digubal kerana undang-undang dan dasar-dasar yang wujud sekarang untuk melindungi wanita dan golongan minoriti seksual tidak mencukupi.
Misalnya, peruntukan mengenai gangguan seksual dalam Akta Kerja 1955 tidak dikuatkuasakan dengan baik dan gagal mewujudkan persekitaran tempat kerja lebih selamat untuk golongan itu.
Akta Gangguan Seksual diperlukan untuk melindungi semua gender dan minoriti seksual.

Kedua, hapuskan perkahwinan kanak-kanak. Apabila sumber kewangan terhad dalam sesebuah keluarga, perkahwinan dianggap sebagai satu cara untuk anak perempuan dijaga oleh keluarga lain.
Kerajaan harus menggubal dasar-dasar yang mematuhi garis panduan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) bertujuan melindungi kanak-kanak perempuan daripada perkahwinan pada usia muda.

Ketiga, perkenalkan pendapatan asas sejagat (UBI) iaitu pembayaran wang secara terus daripada kerajaan kepada semua rakyat bagi membolehkan mereka mendapatkan keperluan asas termasuk makanan tanpa mengira mempunyai kerja atau tidak.

Kemudahan ini bermanfaat kepada ramai wanita daripada golongan berpendapatan rendah (B40), khususnya ibu tunggal yang menjadi pencari nafkah dalam keluarga.
Keempat, hormati hak asasi manusia bagi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan soal jawab (LGBTIQ).

Kerajaan harus menjadi teladan dengan menghentikan segala bentuk ucapan kebencian dan tindakan yang mensasarkan golongan LGBTIQ di samping segera mengambil langkah yang perlu untuk melindungi individu dalam kumpulan itu yang diancam.

CHONG YEE SHAN
Penyelaras Biro Gender
Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya