Terdapat begitu banyak perayaan dan sambutan di seluruh dunia dengan latar belakang yang berbeza. Namun, yang lebih menarik perhatian saya adalah sambutan perayaan Nowruz yang mungkin majoriti daripada kita tidak pernah mendengar tentangnya. Mengapa saya berminat untuk berkongsi tentang perayaan ini? Kerana ia akan disambut pada Jumaat ini (20 Mac). Sebenarnya sebutan perayaan ini berbeza mengikut sesebuah negara dan dialek bahasa. Ada yang menyebutnya sebagai Novruz atau Nevruz, tetapi masyarakat…










