Majikan jangan abai kebajikan pekerja - Utusan Malaysia

Majikan jangan abai kebajikan pekerja

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan (berdiri, tengah) beramah mesra dengan pekerja asing ketika melawat Asrama Pekerja Taman Perindustrian Maju Cemerlang, Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENCAPAIAN setahun Kementerian Sumber Manusia melalui inisiatif Sumber Manusia Nasional dikategorikan kepada enam teras utama meliputi seluruh bidang dan tanggungjawab seperti Pembangunan Kemahiran, Perhubungan Perusahaan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Perlindungan Sosial dan Tadbir Urus dilihat berjaya mencapai objektifnya.

Sehingga Februari lalu, sebanyak 7,413 pemeriksaan berkanun dijalankan ke atas premis majikan melibatkan 34,557 tempat penginapan dan 327,280 pekerja.

Melalui penguatkuasaan ini, tempat penginapan yang kotor, sesak dan tidak kondusif dapat diperbaiki, sekali gus meningkatkan imej negara berhubung layanan pekerja khususnya pekerja asing di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Jumlah penguatkuasaan secara berfokus di seluruh Semenanjung adalah sebanyak 3,528 aktiviti, 4,304 di Sarawak dan 19,067 di Sabah.

Dianggarkan terdapat 75,000 majikan mempunyai pekerja asing sebanyak 1.6 juta orang. Justeru, wajarlah majikan memelihara kebajikan pekerja dengan menyediakan penginapan yang sempurna dan layanan adil kerana mereka membantu membangunkan industri dan sektor-sektor lain di negara ini.

Terlalu banyak usaha yang dilaksanakan oleh kementerian pada tahun lalu walaupun negara berhadapan suasana penularan wabak Covid-19 yang turut memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan melembabkan ekonomi.

Semoga kerajaan sedia ada dan para pemimpinnya terus diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi pembelaan kepada semua golongan pekerja melalui inisiatif pemberian subsidi upah.

TOH TAN DEWA SAKTI
Tapah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN