Dalam catatan Sejarah Melayu, terdapat satu perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun yang disifatkan sebagai piagam pertama berbentuk hukum dan undang-undang dalam sistem pemerintahan antara elit politik dan rakyat. Catatan tersebut menjelaskan tentang nasib dan kedudukan rakyat serta tanggungjawab yang harus dijalankan oleh elit politik terhadap mereka. Perjanjian tersebut menetapkan, rakyat tidak boleh menentang elit politik. Elit politik pula tidak boleh menghina atau memalukan rakyat. Elit politik…










