Marilah kita sama-sama menoleh, menjungkir balik lipatan sejarah yang pernah tercipta, dan kembali mengenal diri serta peribadi. Jarak jauh pada garis masa memutuskan kita dengan titik mula suatu sejarah besar. Membaca kembali sejarah silam juga boleh mengingatkan supaya perjalanan menuju masa depan tidak terbabas. Ini kerana sejarah adalah iktibar masa lalu dan menjadi petunjuk masa depan. Saya teringat sebuah rencana Lidah Pengarang akhbar Utusan Melayu, 75 tahun lalu, secara tepatnya…










