Rasanya tiada seorang pun pemandu Grab yang gembira apabila terpaksa mengambil penumpang yang diketahui baru sahaja keluar dari Hospital Sungai Buloh kerana jangkitan Covid-19. Walaupun sudah tahu penumpang bebas virus, tapi hati tetap berasa cuak. Jadi sepanjang masa berdoa supaya kita sendiri tak dijangkiti walaupun pelitup muka tertepek penuh. Begitu cerita seorang rakan perempuan yang pernah mengambil seorang penumpang ketika saat awal berlakunya pandemik ini setahun lalu. Kata teman saya…