Perpaduan antara kaum adalah sumber kekuatan utama negara ini. Ia menjadi tiang seri kejayaan yang kita lakar secara bersama sejak merdeka. Namun, perpaduan yang ada itu sering ditafsir sebagai terlalu subjektif, malah dilabel juga umpama senipis kulit bawang. Ini kerana terlalu banyak insiden dan peristiwa yang berlaku selama ini dilihat mula menggoncang jambatan perpaduan yang dibina atas dasar dan nilai pengorbanan serta tolak ansur generasi terdahulu. Justeru, usaha dan inisiatif…










