MUKADIMAH DALAM dunia politik tanah air, nama NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ sentiasa menjadi topik bualan hangat dek kerana ketegasan dan kelantangannya berkata-kata. Sebagaimana arwah bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Bachok ini sering diburu media memandangkan intipati kenyataan beliau ada nilai berita tersendiri. Antara paling diingati, harapan Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat agar jalinan kerjasama Pas dan UMNO menerusi…










