Cabaran PBT selepas naik taraf - Utusan Malaysia

Cabaran PBT selepas naik taraf

MAJLIS Bandaraya Kuantan (MBK) sentiasa menumpukan usaha ke arah peningkatan kesejahteraan penduduk dan memberi perkhidmatan yang mengutamakan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHNIAH diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kuantan yang telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Pencapaian itu sudah pasti diselubungi cabaran yang mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan agenda transformasinya.

Permintaan rakyat yang pelbagai, diburukkan lagi dengan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi dan penularan pandemik Covid-19 sudah pasti membawa cabaran besar buat PBT.
Perang persepsi yang dimainkan oleh rakyat menerusi media sosial kadang kala mampu menjerumus PBT ke kancah ketidaktentuan.

Oleh itu, PBT perlu meningkatkan kecekapan modal insan secara optimum menerusi transformasi budaya kerja. Staf PBT perlu dilengkapi ilmu pengetahuan terbaharu, terutamanya apabila negara sedang berdepan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

PBT tidak boleh berfikiran di takuk lama dengan bergantung harap kepada hasil cukai taksiran yang selama ini menyumbang pendapatan lebih 60 peratus kepada PBT. Kenaikan kadar cukai taksiran selepas menjadi majlis bandar raya adalah langkah kurang tepat tatkala rakyat sedang terhimpit dengan ketikdaktentuan ekonomi.

Langkah mengadakan usaha sama antara PBT dengan pihak luar perlu diperbanyakkan supaya perbelanjaan dapat dikawal dan masih lagi mampu memberikan perkhidmatan terbaik buat masyarakat setempat.

MOHD. ROZAIMY RIDZUAN
UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya