Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid adalah antara premis yang terbatas aktivitinya. Paling ketara, amalan solat fardu berjemaah kini terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Demikian juga kuliah-kuliah atau ceramah agama juga hanya boleh berjalan secara dalam talian. Semua langkah berhati-hati ini diambil dalam usaha mengekang dan memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sudah setahun menghantui kita. Kini masyarakat hidup dengan norma baharu. Memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan dan membasuh…










