PERIBAHASA kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya, bagai tidak membawa apa-apa makna kepada penggubal undang-undang yang masih teragak-agak untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual. Tahun 2020 yang seharusnya melihatkan pembentangan terperinci mengenai akta tersebut menjadi tergendala akibat kemelut politik yang tiada penghujung ditambah penangguhan persidangan berikutan bencana Covid-19. Apa lagi rakyat mahu harapkan daripada mereka di tampuk kepimpinan selepas bertahun lama aktivis kemanusiaan lantang memperkatakan tentang kekurangan peruntukan khas,…
 
								
 
								 
								 
											









