Keakraban hubungan dua hala antara Rusia dan Malaysia menjadi pencetus semangat kepada seorang pemuda kelahiran Moscow untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Pavel Naydenov, 24, sanggup menempuh cabaran mempelajari bahasa Melayu yang kurang popular dalam kalangan pelajar Sarjana Fakulti Pengajian Institut Asia dan Afrika di Universiti Moscow kerana beliau percaya peluang lebih besar menanti dalam kerjayanya pada masa akan datang. Walaupun pada mulanya agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan…










