Mukadimah UMUM sedia maklum, Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) sehingga kini belum lagi menemukan ‘perpaduan’ dalam politik. Malah, persepakatan itu turut menjangkiti Selangor apabila UMNO negeri menyatakan sudah bersiap sedia sekiranya terpaksa bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar memaklumkan, parti itu tidak akan menentang Pas berikutan telah ada perbincangan strategi antara kedua-dua…










