Samuel Paty, 47, adalah seorang guru di Conflans-Sainte-Honorine, iaitu sebuah pekan di barat daya Paris, Perancis. Pada 6 Oktober lalu, sewaktu mengajar muridnya tentang kebebasan bersuara di negara itu, dia telah menggunakan kartun Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW. Dia maklumkan murid-muridnya yang beragama Islam bahawa jika mereka tidak selesa dengan apa yang ditunjukkan itu, mereka boleh keluar meninggalkan kelas. Mengikut seorang pelajar, Paty telah melakukan perkara sama (menggunakan…










