Banyak yang memahami bahawa pergolakan politik yang berlaku ketika rakyat sedang terkepung dan tertekan dengan wabak Covid-19 baru-baru ini adalah sebahagian proses demokrasi. Malah seolah-olah mendiri dan menegakkan demokrasi jauh lebih penting berbanding mengeluarkan rakyat daripada tekanan hidup akibat wabak. Pandangan seumpama itu dibina dan diperagakan oleh pihak yang berkepentingan termasuk dalam kalangan ahli politik. Demokrasi sudah diangkat sebagai sandaran untuk mewajarkan satu tindakan politik yang sama sekali tidak ada…










