fbpx

4 Disember 2020, 4:12 am

  TERKINI

Perkahwinan campur erat perpaduan

PENULIS (kiri) duduk di atas riba nenek sambil ditemani arwah ibu. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKAHWINAN adalah ikatan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di mana setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing.

Sebagai sebuah negara unik di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, perkahwinan campur bukan sesuatu yang pelik.

Bercakap daripada pengalaman saya yang mempunyai ibu bapa berlainan etnik iaitu bapa Melayu dan arwah ibu orang Cina, perkahwinan campur dapat merapatkan hubungan antara masyarakat berbeza.

Anak hasil perkahwinan campur lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat dan makanan.

Selain itu, setiap tahun saya berpeluang menyambut Tahun Baharu Cina dan pesta kuih bulan. Perayaan berkenaan dapat menguatkan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan toleransi antara satu sama lain.

Walaupun saya tidak mampu berbahasa Mandarin atau Hokkien (dialek yang banyak ditutur kaum Cina di utara Semenanjung), kekurangan ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan saudara mara fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Makanan juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saya didedahkan dengan pelbagai jenis makanan seperti loh bak (daging gulung) dan or chien (telur dadar tiram).

Banyak lagi kelebihan daripada perkahwinan campur dan ia mampu memberikan pengalaman hidup yang hebat dan penuh warna. Pepatah Melayu ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, perkahwinan campur harus digalakkan.

DR. MUHAMMAD MAJID
Pensyarah Kanan
UiTM Cawangan Johor

BERITA BERKAITAN