Bola sepak merupakan sukan paling diminati di dunia. Pergilah ke perkampungan mana pun, permainan bola sepak pasti wujud. Bagaimanapun, setiap negara mempunyai sukan tradisi atau kegemaran mereka yang tersendiri. Malaysia mungkin tidak sebegitu gah dalam sukan bola sepak, namun kita dikatakan raja badminton dunia. Edisi pertama kejohanan dunia badminton iaitu Piala Thomas yang diadakan pada 1949 disapu bersih oleh pasukan Malaya setelah menewaskan pasukan dari Eropah, Denmark dengan kemenangan 8-1.…










