Dalam kemeriahan menyambut Rabiulawal, bulan keputeraan baginda SAW, kita dikejutkan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW. Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW, yang menjadi punca serangan penembak beragama Islam terhadap akhbar berkenaan pada 2015. Dikatakan tindakan itu bagi menandakan bermulanya perbicaraan adik-beradik, Said dan Cherif Kouachi yang melakukan serangan bersenjata di pejabat akhbar itu…










