MAJLIS Tindakan Ekonomi (MTE) yang dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu bertujuan mengenal pasti isu-isu semasa dan memperakukan tindakan demi memastikan ekonomi kekal mampan serta mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global. Sektor ekonomi Malaysia turut menerima tempias akibat pandemik Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Impaknya amat besar termasuk kerugian RM2.4 bilion sehari disebabkam penutupan perniagaan. Namun, kerajaan tidak mengambil masa lama untuk melakukan pemulihan…










