Lokasi baharu insta worthy di Shah Alam - Utusan Malaysia

Lokasi baharu insta worthy di Shah Alam

Taman Elmina Valley menjadi pilihan kaki foto mengabadikan gambar yang unik dan menarik di laman media sosial. – Gambar MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH menjadi trend dalam kalangan anak muda berlumba-lumba memuat naik gambar-gambar berlatar belakang lokasi yang unik.

Bagi penduduk bandar, tidak perlu lagi memandu berbatu-batu semata-mata untuk mendapatkan gambar hipster atau insta worthy bagi memenuhi ruangan laman sosial.

Saya cadangkan anda untuk ke Taman Elmina Valley terletak di Shah Alam, Selangor yang merupakan sebuah kawasan rekreasi terbaru menjadi kegilaan kaki foto.

Di situ, anda boleh mengambil gambar di jambatan lampu diod pemancar cahaya (LED) dan pastinya menjadikan gambar-gambar lebih menarik.

Di sana terdapat dua jambatan unik yang mengambil ilham salah satu ikonik pelancongan popular di Kyoto, Jepun iaitu Fushimi Inari Taisha dan Jambatan Elmina Pelangi.

Selain bergambar, orang ramai juga boleh menikmati hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal dan berjoging.

Kaki Foto
Taman Melawati, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya