MUKADIMAH DADAH musuh negara. Itu ungkapan yang ditanam dalam pemikiran rakyat Malaysia sejak 37 tahun lalu demi memastikan tidak ada seorang pun terjebak dalam permasalahan itu. Tetapi mengapa ia terus berlaku? Di mana silapnya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Projek Rintis iaitu sebuah projek hasil inisiatif Ketua Pengarahnya, DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH yang dilancarkan pada Julai 2019 selepas beliau diberi tanggungjawab mengetuai agensi itu,…










