Di Malaysia, kadar jangkitan virus Covid-19 dilihat tidak begitu tinggi disebabkan oleh langkah kerajaan yang proaktif dan pantas dalam membendung kebolehjangkitannya. Tindakan segera menerusi Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti sangat berjaya. Selain itu, masyarakat peka dengan kehadiran Covid-19 yang pantas meragut nyawa manusia berasa amat bimbang. Ini secara tidak langsung membawa kepada tahap kepatuhan dan disiplin tinggi terhadap langkah pengawalan dan…










