Utamakan vaksin halal - Utusan Malaysia

Utamakan vaksin halal

SUDAH sampai masanya hotel menukar kolam renang menjadi kolam ikan bagi menjana pendapatan ketika Covid-19. –GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMANDANGKAN Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk menguji vaksin ke atas manusia, maka kita masih menunggu hasil uji kaji di peringkat antarabangsa sebelum memutuskan untuk membeli vaksin Covid-19 dari luar negara. Antara negara yang telah mengumumkan berada pada tahap akhir penghasilan vaksin Covid-19 ialah Rusia. Negara itu menghasilkan Sputnik V manakala India dengan Covaxin. Universiti Oxford dan syarikat, AstraZeneca di United Kingdom pula mengumumkan berada pada peringkat akhir penghasilan vaksin yang akan dijual dengan harga sekitar RM12 seunit. Perkembangan berkenaan memang menggembirakan, cuma saya bimbang apabila terdapat laporan sesetengah vaksin terbabit menggunakan sel janin yang digugurkan daripada kandungan. Sel janin digunakan untuk pembiakan virus yang kemudiannya akan diasingkan bagi menghasilkan vaksin.

Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mengeluarkan kenyataan bersumberkan Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa dalam keadaan darurat (tiada ubat lain yang boleh digunakan), ubat yang dihasilkan daripada bahan-bahan ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain daripada sumber halal ditemui dan dilakukan (diambil ubat) mengikut kadar diperlukan sahaja.

Sejajar dengan fatwa berkenaan, saya berharap Kementerian Kesihatan mengutamakan membeli vaksin yang halal sahaja kecuali jika tiada pilihan lain.

MELISA MARIAM
Tapah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya